Allah Tidak Akan Mengubah Nasib Kita, Kecuali Kita Sendiri Berusaha Untuk Mengubah
- freepik.com
Biarpun Gagal Selepas Penat Berusaha, Bukan Itu Yang Penting. Teruskan Berusaha Sehingga Tercapai Apa Yang Kita Inginkan
Jangan suka gunakan banyak alasan bila mengejar impian. Jangan termakan dengan kata-kata orang lain. Kita harus percaya pada diri sendiri dalam mengurus kehidupan kita tanpa membandingkan gaya hidup orang lain yang lebih selesa, lebih indah.
Walaupun kadangkala fikiran kita jadi buntu, perasaan jadi lemah, rasa terkesan dengan kegagalan yang sering kali menyapa, kita perlu percaya bahawa Allah itu maha adil dan maha melihat. Yakinlah satu hari nanti, impian yang kita bayangkan, usaha yang telah kita lakukan pastinya akan membuahkan hasil. Jangan takut untuk terus konsisten.
Buktikan Yang Kita Boleh Berjaya
Walaupun pada saat kita dalam kesusahan dalam usaha mencapai impian ini tiada siapa yang berada di sisi, abaikanlah. Jangan mengharap sokongan daripada sesiapa pun. Teruskan berusaha mengejar impian sehingga suara kutukan orang lain selama ini berubah menjadi satu pujian dan disambut baik dari mereka. Buktikan pada mereka yang tidak pernah percaya selama ini, bahwa kita boleh lakukannya.
Referensi : Nirkabel