Seberengsek-Berengkseknya Lelaki, Dia Pasti Mencari Wanita Yang Terbaik Untuk Dinikahi

Jodoh
Sumber :
  • instagram

Kerana ketetapan Tuhan itu mungkin sebagai amanah untuk dirinya agak dapat memperbaiki sikap dan akhlaq si lelaki jahat. Tuhan adalah zat yang maha membolak balikkan hati hambanya, jangan berkecil hati jika anda ditakdirkan jodoh bersama si lelaki jahat, kerana setiap apa yang Tuhan tetapkan mesti bersebab, ada tujuan dan hikmah disebaliknya. Memang benar, pilihan di tangan kita tapi tiada apa yang dapat menghalang sekiranya Tuhan telah memilih kita untuk melalui ujian ini.

Sikap Kita Yang Akan Menentukan Siapakah Bakal Menjadi Pasangan Kita Kelak

Janji Tuhan memang tidak pernah salah. Dimana lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik, dan begitu juga sebaliknya. Tapi perlu kita tahu bahawa seseorang yang kita sangka baik belum tentu dia baik disisi Tuhan, dan orang yang kita sangkakan buruk juga belum tentu buruk disisi Tuhan.

Jodoh Dan Takdir Adalah Ketentuan Tuhan

Walaupun kita cuba memaksa atau mengelak untuk menerima seseorang, tapi segala takdir adalah atas ketentuan Tuhan. Dia lah yang maha memberi dan mengatur segalanya. Setiap manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan menginginkan yang terbaik dalam hidupnya, tidak salah jika kita memberi peluang dan membantu si dia agar menjadi insan yang patuh dengan syariat Tuhan.